Wednesday, 6 January 2016

Assalammua'laikum..
6 hari sudah melangkahkan kaki  ke Tahun baru masihi 2016. Tahun baru, azam baru, ruang baru untuk kita semua melangkah mengharungi hari2 yang bakal mendatang. Ku doakan agar kita semua memperolehi yang lebih baik untuk perjalanan dunia dan pastinya akhirat yang menjadi matlamat utama kita, Insyaallah..
Semalam pada tarikh 5.1.2016 genaplah 4 tahun aku menggalas tanggungjawab baru sebagai ibu dan bapa yang di utus buat ku oleh yang Maha Pencipta. Sekali gus menguji ketabahan dan kesabaran ku sebagai hambaMu. Aku redha dengan segala takdir ku. Namun sebagai hambaMu yang lemah ku pohon dikurniakan ketabahan dan kesebaran dari semasa ke semasa. Ku pohon agar janganlah Kau tinggalkan aku kerana aku sentiasa memerlukan Kau untuk melindungi ku, memanjakan aku, memberi rezeki kepada ku, memujuk ku di saat kesedihan, membantu di saat kesusahan dan di setiap hembusan nafasku aku memerlukanMu. Tiada yang lain melainkan Mu. Disaat ini aku amat merasakan kehadiranMu, kasih sayang mu, terasa Kau amat dekat dengan ku..
Aku tidak mahu lagi berjauhan  dengan Mu hingga ke akhir perjalanan duniaku. Jangan lah Kau tinggalkan aku walau sedetik.. Aamin ya robbala'lamin..