Monday, 4 April 2016

Doa dan Harapan


Assalammua'laikumwarrahmatullah..dan Selamat Pagi..
Sekarang musim anak-anak kita exam kan. Tidak terkecuali juga anak2 umi..4 orang anak-anak umi masih belajar. 

Mula-mula anak yang no 4 aka anak bongsu berada di tingkatan 2 mengambil ujian awal tahun..Alhamdulillah ada peningkatan. Mudah-mudahan ianya berterusan hingga ke hujung tahun.Itulah doa umi saban hari.

Hari ini anak yang ke 3 aka abang, satu-satunya anak lelaki dalam keluarga kami. Menuntut di Politeknik Sultan Idris Shah. Hari ni akan mengambil final exam untuk semester 2. Anak ke 3 saya ni adalah anak istimewa..seorang penghidap dislexia. Walaupon menghidap dislexia tetapi beliau merupakan seorang anak yang baik, beriman dan rajin berusaha. Alhamdulillah syukur dengan kurnian dari Allah ini yang mengajar umi untuk menjadi lebih sabar dn tabah.

Selepas ini anak yang pertama dan kedua pulak akan menghadapi exam akhir semester masing-masing. Sebagai seorang ibu setiap kali anak-anak akan menghadapi exam maka ibu juga akan turut sibuk dan melipat gandakan doa.. Dan turut merasa gundah dan bimbang andaikata anak-anak tidak dapat menjawab dengan baik. Umi selalu menitik beratkan usaha dan doa..Hasilnya itu urusan Allah swt..

Along akan menghadapi exam tahun akhir di UMT dan sekarang sedang bertungkus lumus untuk menyiapkan final year project. Umi doakan along akan berjaya dengan cemerlang. Selepas tamat exam akan melalui latihan praktikal dan mudah-mudahan ada rezeki untuk bekerja pulak selepas ini.

Dan selepas along,anak yang ke 2 iaitu kakak pulak akan menempuh exam untuk semester ke 5 di UITM Shah Alam. Seorang anak yang agak manja dan suka peluk cium umi. Mudah-mudahan di permudahkan Allah swt.

Hanya doa, ilmu dunia-akhirat dan kasihsayang yang mampu umi berikan. Mudah-mudahan ianya menjadi bekalan dunia hingga akhirat.

Andainya arwah suami umi masih ada tentunya beliau akan gembira dan bangga dengan pencapaian anak2 kami. Apakan daya Allah lebih menyayanginya dan menjemputnya terlebih dahulu. Umi bersyukur kerana Allah swt mempermudahkan umi dalam mendidik semua anak-anak. Dan semua anak-anak umi semuanya baik-baik dan patuh pada perintah Allah swt. Aamin..Mudah-mudahan mereka semua menjadi anak-anak syurga..InsyaAllah.

1) Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna
(ketika mengulangkaji pelajaran) :


“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, 
serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami 
kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih”.


2) Doa selepas mengulangkaji pelajaran :


“Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal 
kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. 
Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu”.


3) Doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan :

“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.

4) Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan :

“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa”.

5) Doa memohon kejayaan cemerlang :

“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, 
tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan 
ke atas musuh”.

6) Doa ketika menerima kertas soalan :

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. 
Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

7) Doa ketika sukar untuk menjawab soalan :

“Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. 
Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

Nota:
Doa-doa di atas adalah ehsan dari Blog http://ibnunaeem.blogspot.my/. Jazakallahukhoiran kpd Penulis Blog ibnunaeem.blogspot.my/. 

Friday, 1 April 2016

BISUL

         Part 1

        Pernahkah anda mengalami "BISUL" ?  Saya pernah dan ianya sangat menyakitkan dan menyiksakan terutamanya bila ianya tumbuh di tempat-tempat yang melibatkan pergerakan dan tempat-tempat sulit. Dizaman kanak-kanak dahulu saya selalu kena bisul ni. Dan bila dah masuk sekolah menengah ianya tidak terjadi lagi hinggalah akhir-akhir ini setelah separuh abad usia saya ianya datang kembali. Sejak itu saya mula mengambil tahu dan mula mengkaji apa-apa sahaja mengenai Bisul. Apakah itu bisul? Di  mana dan apakah sebab  boleh terjadinya bisul semuanya saya baca.

        Bisul kebiasaannya bermula dengan benjolan atau bengkak yang merah yang terjadi di badan kita. Kebiasaannya bengkak ini menjadi semakin merah dan membesar serta mengandungi nanah di dalamnya dan sakit. Biasanya sakitnya berdenyut-dengut hinggalah bisul tersebut matang dan pecah. Biasanya terdapat ketulan berwarna kekuningan di dalam bisul yang patut di keluarkan untuk mengelakkan ianya berulang. Biasanya bisul akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk sembuh sepenuhnya.
    
        Para pengamal perubatan berpendapat bahawa bisul ini boleh timbul di mana-mana sahaja bahagian badan. Tapi ia kerapkali berlaku di ketiak, punggung, paha ataupon leher ataupon kawasan tubuh yang mempunyai rambut, berpeluh dan selalu bergesel.

        Sesiapa sahaja boleh mengidap bisul ini terutamanya para pengidap diabetes, orang-orang yang mempunyai sistem imun yang rendah dan yang mempunyai masalah jerawat dan penyakit kulit. Mereka ini lebih berisiko tinggi untuk mendapat bisul. Kita boleh merawat sendiri bisul dengan bantuan antibiotik tetapi dilarang sama sekali untuk memicitnya kerana dibimbangi akan menyebabkan ianya merebak.
















Monday, 28 March 2016

Assalammua'laikumwarrahmatullah..
Sudah agak lama saya tidak menulis di sini. Kesibukan bekerja dan urusan keluarga menjadikan saya leka dan terlupa sejenak akan minat saya yang satu ini. Almaklumlah bukan senang menjadi ayah dan ibu untuk anak-anak yang semakin menjejak dewasa. Lebih-lebih lagi kekangan hidup dengan keadaan ekonomi yang agak meruncing sekarang ini. 
Inilah ujian dariNya..di mana setelah sekian lama kita hidup dalam aman damai, tenang dan mewah. Maka elok juga jika Allah memeberi sedikit peringatan kepada kita hambanya agar kita kembali kepada tujuan sebenar kita hidup di dunia ini. Kita harus belajar untuk menerima Qada dan Qadar, harus belajar untuk tidak membazir, harus belajar untuk berkongsi rezeki yang kita ada dengan insan yang lain yang jauh lebih susah dari kita.
Mungkin selama ini kita lalai dan leka dengan kesenangan yang telah Allah kurniakan kepada kita maka semua ini terjadi. Harus di ingat setiap yang berlaku bukanlah secara sia-sia. semuanya ada hikmah dan kebaikan yang tersirat di dalamnya. Semoga kita tidak lalai dan alpa dengan dunia ini dan kita jadi lupa untuk mempersiapkan bekalan kita untuk masa hadapan kita di alam yang kekal selama-lamanya.
Semoga kita dapat menjadi seorang hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Aamin yarobbala'lamin..





Wednesday, 17 February 2016

Realiti dunia hari ini

Dunia hari ini amat berbeza dengan ketika aku remaja dahulu. Bila bercakap dengan orang yang lebih berumur dari kita, nadanya berbeza. Tapi dunia hari ini yang di panggil dunia yang dah semakin moden dan maju (kononnya) kita sudah hilang nilai-nilai kesopanan, kemanusiaan dan hormat menghormati.

Tuesday, 16 February 2016

Assalammua'laikumwarrahmatullah...
Lama juga tidak menulis di sini..walaupon niat dan azam di hati ingin menulis setiap hari tetapi nampaknya belum tertunai lagi nampaknya..
 

Wednesday, 6 January 2016

Assalammua'laikum..
6 hari sudah melangkahkan kaki  ke Tahun baru masihi 2016. Tahun baru, azam baru, ruang baru untuk kita semua melangkah mengharungi hari2 yang bakal mendatang. Ku doakan agar kita semua memperolehi yang lebih baik untuk perjalanan dunia dan pastinya akhirat yang menjadi matlamat utama kita, Insyaallah..
Semalam pada tarikh 5.1.2016 genaplah 4 tahun aku menggalas tanggungjawab baru sebagai ibu dan bapa yang di utus buat ku oleh yang Maha Pencipta. Sekali gus menguji ketabahan dan kesabaran ku sebagai hambaMu. Aku redha dengan segala takdir ku. Namun sebagai hambaMu yang lemah ku pohon dikurniakan ketabahan dan kesebaran dari semasa ke semasa. Ku pohon agar janganlah Kau tinggalkan aku kerana aku sentiasa memerlukan Kau untuk melindungi ku, memanjakan aku, memberi rezeki kepada ku, memujuk ku di saat kesedihan, membantu di saat kesusahan dan di setiap hembusan nafasku aku memerlukanMu. Tiada yang lain melainkan Mu. Disaat ini aku amat merasakan kehadiranMu, kasih sayang mu, terasa Kau amat dekat dengan ku..
Aku tidak mahu lagi berjauhan  dengan Mu hingga ke akhir perjalanan duniaku. Jangan lah Kau tinggalkan aku walau sedetik.. Aamin ya robbala'lamin..