Pernahkah anda mengalami "BISUL" ? Saya pernah dan ianya sangat menyakitkan dan menyiksakan terutamanya bila ianya tumbuh di tempat-tempat yang melibatkan pergerakan dan tempat-tempat sulit. Dizaman kanak-kanak dahulu saya selalu kena bisul ni. Dan bila dah masuk sekolah menengah ianya tidak terjadi lagi hinggalah akhir-akhir ini setelah separuh abad usia saya ianya datang kembali. Sejak itu saya mula mengambil tahu dan mula mengkaji apa-apa sahaja mengenai Bisul. Apakah itu bisul? Di mana dan apakah sebab boleh terjadinya bisul semuanya saya baca.
Bisul kebiasaannya bermula dengan benjolan atau bengkak yang merah yang terjadi di badan kita. Kebiasaannya bengkak ini menjadi semakin merah dan membesar serta mengandungi nanah di dalamnya dan sakit. Biasanya sakitnya berdenyut-dengut hinggalah bisul tersebut matang dan pecah. Biasanya terdapat ketulan berwarna kekuningan di dalam bisul yang patut di keluarkan untuk mengelakkan ianya berulang. Biasanya bisul akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu untuk sembuh sepenuhnya.
Para pengamal perubatan berpendapat bahawa bisul ini boleh timbul di mana-mana sahaja bahagian badan. Tapi ia kerapkali berlaku di ketiak, punggung, paha ataupon leher ataupon kawasan tubuh yang mempunyai rambut, berpeluh dan selalu bergesel.
Sesiapa sahaja boleh mengidap bisul ini terutamanya para pengidap diabetes, orang-orang yang mempunyai sistem imun yang rendah dan yang mempunyai masalah jerawat dan penyakit kulit. Mereka ini lebih berisiko tinggi untuk mendapat bisul. Kita boleh merawat sendiri bisul dengan bantuan antibiotik tetapi dilarang sama sekali untuk memicitnya kerana dibimbangi akan menyebabkan ianya merebak.


No comments:
Post a Comment