Monday, 28 March 2016

Assalammua'laikumwarrahmatullah..
Sudah agak lama saya tidak menulis di sini. Kesibukan bekerja dan urusan keluarga menjadikan saya leka dan terlupa sejenak akan minat saya yang satu ini. Almaklumlah bukan senang menjadi ayah dan ibu untuk anak-anak yang semakin menjejak dewasa. Lebih-lebih lagi kekangan hidup dengan keadaan ekonomi yang agak meruncing sekarang ini. 
Inilah ujian dariNya..di mana setelah sekian lama kita hidup dalam aman damai, tenang dan mewah. Maka elok juga jika Allah memeberi sedikit peringatan kepada kita hambanya agar kita kembali kepada tujuan sebenar kita hidup di dunia ini. Kita harus belajar untuk menerima Qada dan Qadar, harus belajar untuk tidak membazir, harus belajar untuk berkongsi rezeki yang kita ada dengan insan yang lain yang jauh lebih susah dari kita.
Mungkin selama ini kita lalai dan leka dengan kesenangan yang telah Allah kurniakan kepada kita maka semua ini terjadi. Harus di ingat setiap yang berlaku bukanlah secara sia-sia. semuanya ada hikmah dan kebaikan yang tersirat di dalamnya. Semoga kita tidak lalai dan alpa dengan dunia ini dan kita jadi lupa untuk mempersiapkan bekalan kita untuk masa hadapan kita di alam yang kekal selama-lamanya.
Semoga kita dapat menjadi seorang hamba Allah yang beriman dan bertaqwa. Aamin yarobbala'lamin..





Wednesday, 17 February 2016

Realiti dunia hari ini

Dunia hari ini amat berbeza dengan ketika aku remaja dahulu. Bila bercakap dengan orang yang lebih berumur dari kita, nadanya berbeza. Tapi dunia hari ini yang di panggil dunia yang dah semakin moden dan maju (kononnya) kita sudah hilang nilai-nilai kesopanan, kemanusiaan dan hormat menghormati.

Tuesday, 16 February 2016

Assalammua'laikumwarrahmatullah...
Lama juga tidak menulis di sini..walaupon niat dan azam di hati ingin menulis setiap hari tetapi nampaknya belum tertunai lagi nampaknya..
 

Wednesday, 6 January 2016

Assalammua'laikum..
6 hari sudah melangkahkan kaki  ke Tahun baru masihi 2016. Tahun baru, azam baru, ruang baru untuk kita semua melangkah mengharungi hari2 yang bakal mendatang. Ku doakan agar kita semua memperolehi yang lebih baik untuk perjalanan dunia dan pastinya akhirat yang menjadi matlamat utama kita, Insyaallah..
Semalam pada tarikh 5.1.2016 genaplah 4 tahun aku menggalas tanggungjawab baru sebagai ibu dan bapa yang di utus buat ku oleh yang Maha Pencipta. Sekali gus menguji ketabahan dan kesabaran ku sebagai hambaMu. Aku redha dengan segala takdir ku. Namun sebagai hambaMu yang lemah ku pohon dikurniakan ketabahan dan kesebaran dari semasa ke semasa. Ku pohon agar janganlah Kau tinggalkan aku kerana aku sentiasa memerlukan Kau untuk melindungi ku, memanjakan aku, memberi rezeki kepada ku, memujuk ku di saat kesedihan, membantu di saat kesusahan dan di setiap hembusan nafasku aku memerlukanMu. Tiada yang lain melainkan Mu. Disaat ini aku amat merasakan kehadiranMu, kasih sayang mu, terasa Kau amat dekat dengan ku..
Aku tidak mahu lagi berjauhan  dengan Mu hingga ke akhir perjalanan duniaku. Jangan lah Kau tinggalkan aku walau sedetik.. Aamin ya robbala'lamin..
 

Thursday, 31 December 2015

Assalammua'laikum..
Hari ini genap 31.12.2015. Ini menandakan 5 hari lagi akan masuk tahun ke 4 Abah telah dijemput Ilahi meninggalkan aku dan anak2. 4 tahun jugalah aku meneruskan tanggungjawab membesarkan anak2, meneruskan amanah yang ditinggalkan pada aku. 4 tahun jugalah aku memangku tugas sebagai seorang bapa selain dari tugas ku sendiri.

Tanggal 05.01.2012 telah mengubah semuanya. Tanpa kuduga begitu cepat Allah menjemput suamiku yang telah dipinjamkanNya selama hampir 20 tahun. Sedih memanglah sedih tetapi aku redha dengan qada dan qadar Allah yg telah di tetapkan untuk aku. Siapakah aku untuk membantah ataupun merungut di atas segala yang Dia takdir kan kepadaku hambanya yang sangat lemah ini. Segala rahsianya hanya Dia yang Maha Mengetahui. Tetapi Dialah yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi serta Maha Mengetahui rahsia langit dan bumi, tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya. 


Segala yang terjadi ada hikmahnya, itu tidak ku ragukan lagi. Maka aku terima dengan redha. Cuma Wahai Penciptaku, aku pohonkan hidayah  dan petunjuk dari Mu agar aku dan keluarga ku tidak tersesat dari jalan Mu. Agar kami semua menjadi hambaMu yang soleh dan solehah. Bukan dunia matlamat kami tetapi akhiratMu yang kekal abadi. Maka aku memohon bagi diriku dan keluargaku agar Kau kekalkan kami di jalanMU. Aminn..

Wednesday, 30 December 2015

ISLAM ITU INDAH: Assalammua'laikum..Hari ini genap 31.12.2015. Ini...

ISLAM ITU INDAH: Assalammua'laikum..
Hari ini genap 31.12.2015. Ini...
: Assalammua'laikum.. Hari ini genap 31.12.2015. Ini menandakan 5 hari lagi akan masuk tahun ke 4 Abah telah dijemput Ilahi meninggalkan ...

Monday, 28 December 2015

ISLAM ITU INDAH

Assalammua'laikum dan Selamat Malam..
Islam itu indah..ya memang betul. Sangat sangat sangat indah..Cuma kita sebagai hamba yang lemah lagi lalai kadangkala tidak dapat melihat keindahannya. Kita lalai dan alpa dengan duniawi yang sentiasa mengaburi pandangan mata kita. Kita jadi asyik dan taksub dengan duniawi sedangkan ianya hanyalah bersifat sementara. Dan kita jadi lalai dan lupa dengan akhirat yang mana di situlah matlamat akhir kita yang kekal abadi.
Kita terkejar2 untuk mengumpul harta dunia sedangkan sepatutnya dunia ini menjadi tempat untuk kita mengumpul harta akhirat.. Kita jadi begitu takut untuk membelanjakan harta benda kita kejalan Allah, takut untuk bersedekah, beramal jariah. Takut jika kita menjadi miskin atau lebih teruk lagi menjadi papa jika bersedekah.
Sedangkan Allah dan rasulNya telah mengingatkan kita akan kebaikan-kebaikan jika kita bersedekah dan melakukan amal jariah.