Tuesday, 22 December 2015

Assalammua'laikum..

2015 semakin hampir meninggalkan kita..tetapi apakah yang segala cita2 dan azam kita di tahun 2015 ini telah tercapai. Setiap kali datangnya tahun baru kita semua sibuk menanam azam tetapi bila tiba akhir tahun masih sama.. Semua yang kita azamkan jarang kita capai. Bagi diri aku sendiri mungkin tidak sampai 50 persen dari azam ku telah di zahirkan. Kenapa tidak 100 persen ya? Bagi aku rasanya akibat kelalaian, kemalasan dan kelemahan diri sendiri.
Tapi aku percaya aku boleh mencapai apa yang aku ingini cuma perlu bersungguh-sungguh, tidak mudah putus asa. akan tetapi itulah kelemahan ku sejak dahulu..aku mudah berputus asa dalam setiap pekerjaanku.
Dan 2016 yang bakal menghampiri aku akan cuba untuk membuang sikap negatif tersebut jauh2. Jika tidak aku tidak akan berjaya sampai bila2. Masih di takuk yang sama. Ya Allah bantulah aku untuk mampu meraih kejayaan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat nanti..aamin ya robbal a' lamin..

No comments:

Post a Comment