Assalammua'laikum..
6 hari sudah melangkahkan kaki ke Tahun baru masihi 2016. Tahun baru, azam baru, ruang baru untuk kita semua melangkah mengharungi hari2 yang bakal mendatang. Ku doakan agar kita semua memperolehi yang lebih baik untuk perjalanan dunia dan pastinya akhirat yang menjadi matlamat utama kita, Insyaallah..
Semalam pada tarikh 5.1.2016 genaplah 4 tahun aku menggalas tanggungjawab baru sebagai ibu dan bapa yang di utus buat ku oleh yang Maha Pencipta. Sekali gus menguji ketabahan dan kesabaran ku sebagai hambaMu. Aku redha dengan segala takdir ku. Namun sebagai hambaMu yang lemah ku pohon dikurniakan ketabahan dan kesebaran dari semasa ke semasa. Ku pohon agar janganlah Kau tinggalkan aku kerana aku sentiasa memerlukan Kau untuk melindungi ku, memanjakan aku, memberi rezeki kepada ku, memujuk ku di saat kesedihan, membantu di saat kesusahan dan di setiap hembusan nafasku aku memerlukanMu. Tiada yang lain melainkan Mu. Disaat ini aku amat merasakan kehadiranMu, kasih sayang mu, terasa Kau amat dekat dengan ku..
Aku tidak mahu lagi berjauhan dengan Mu hingga ke akhir perjalanan duniaku. Jangan lah Kau tinggalkan aku walau sedetik.. Aamin ya robbala'lamin..
Wednesday, 6 January 2016
Thursday, 31 December 2015
Assalammua'laikum..
Hari ini genap 31.12.2015. Ini menandakan 5 hari lagi akan masuk tahun ke 4 Abah telah dijemput Ilahi meninggalkan aku dan anak2. 4 tahun jugalah aku meneruskan tanggungjawab membesarkan anak2, meneruskan amanah yang ditinggalkan pada aku. 4 tahun jugalah aku memangku tugas sebagai seorang bapa selain dari tugas ku sendiri.
Tanggal 05.01.2012 telah mengubah semuanya. Tanpa kuduga begitu cepat Allah menjemput suamiku yang telah dipinjamkanNya selama hampir 20 tahun. Sedih memanglah sedih tetapi aku redha dengan qada dan qadar Allah yg telah di tetapkan untuk aku. Siapakah aku untuk membantah ataupun merungut di atas segala yang Dia takdir kan kepadaku hambanya yang sangat lemah ini. Segala rahsianya hanya Dia yang Maha Mengetahui. Tetapi Dialah yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayangi serta Maha Mengetahui rahsia langit dan bumi, tidak akan sekali-kali menzalimi hambaNya.
Segala yang terjadi ada hikmahnya, itu tidak ku ragukan lagi. Maka aku terima dengan redha. Cuma Wahai Penciptaku, aku pohonkan hidayah dan petunjuk dari Mu agar aku dan keluarga ku tidak tersesat dari jalan Mu. Agar kami semua menjadi hambaMu yang soleh dan solehah. Bukan dunia matlamat kami tetapi akhiratMu yang kekal abadi. Maka aku memohon bagi diriku dan keluargaku agar Kau kekalkan kami di jalanMU. Aminn..

Wednesday, 30 December 2015
ISLAM ITU INDAH: Assalammua'laikum..Hari ini genap 31.12.2015. Ini...
ISLAM ITU INDAH: Assalammua'laikum..
Hari ini genap 31.12.2015. Ini...: Assalammua'laikum.. Hari ini genap 31.12.2015. Ini menandakan 5 hari lagi akan masuk tahun ke 4 Abah telah dijemput Ilahi meninggalkan ...
Hari ini genap 31.12.2015. Ini...: Assalammua'laikum.. Hari ini genap 31.12.2015. Ini menandakan 5 hari lagi akan masuk tahun ke 4 Abah telah dijemput Ilahi meninggalkan ...
Monday, 28 December 2015
ISLAM ITU INDAH
Assalammua'laikum dan Selamat Malam..
Islam itu indah..ya memang betul. Sangat sangat sangat indah..Cuma kita sebagai hamba yang lemah lagi lalai kadangkala tidak dapat melihat keindahannya. Kita lalai dan alpa dengan duniawi yang sentiasa mengaburi pandangan mata kita. Kita jadi asyik dan taksub dengan duniawi sedangkan ianya hanyalah bersifat sementara. Dan kita jadi lalai dan lupa dengan akhirat yang mana di situlah matlamat akhir kita yang kekal abadi.
Kita terkejar2 untuk mengumpul harta dunia sedangkan sepatutnya dunia ini menjadi tempat untuk kita mengumpul harta akhirat.. Kita jadi begitu takut untuk membelanjakan harta benda kita kejalan Allah, takut untuk bersedekah, beramal jariah. Takut jika kita menjadi miskin atau lebih teruk lagi menjadi papa jika bersedekah.
Sedangkan Allah dan rasulNya telah mengingatkan kita akan kebaikan-kebaikan jika kita bersedekah dan melakukan amal jariah.

Tuesday, 22 December 2015
Assalammua'laikum..
2015 semakin hampir meninggalkan kita..tetapi apakah yang segala cita2 dan azam kita di tahun 2015 ini telah tercapai. Setiap kali datangnya tahun baru kita semua sibuk menanam azam tetapi bila tiba akhir tahun masih sama.. Semua yang kita azamkan jarang kita capai. Bagi diri aku sendiri mungkin tidak sampai 50 persen dari azam ku telah di zahirkan. Kenapa tidak 100 persen ya? Bagi aku rasanya akibat kelalaian, kemalasan dan kelemahan diri sendiri.
Tapi aku percaya aku boleh mencapai apa yang aku ingini cuma perlu bersungguh-sungguh, tidak mudah putus asa. akan tetapi itulah kelemahan ku sejak dahulu..aku mudah berputus asa dalam setiap pekerjaanku.
Dan 2016 yang bakal menghampiri aku akan cuba untuk membuang sikap negatif tersebut jauh2. Jika tidak aku tidak akan berjaya sampai bila2. Masih di takuk yang sama. Ya Allah bantulah aku untuk mampu meraih kejayaan bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat nanti..aamin ya robbal a' lamin..
Thursday, 17 December 2015
Friday, 23 January 2015
Tak kira berapa harga anda… pasti ada orang membeli
Posted by Irfan Khairi under Tip Perniagaan[27] Comments
Dalam perniagaan, kalau tak sebut tentang harga, memang tak sah. Ramainya bila nak mulakan perniagaan akan fikir letakkan harga rendah… murah… jadi boleh bersaing. Tak salah strategi ini. Ada juga yang mengambil langkah yang lebih “berani” meletakkan harga tinggi untuk mendapat pasaran premium. Yang ni pun tak salah 
Nasihat saya, secara mudahnya, kita lihat terdapat 3 pasaran diluar sana…
- Mereka berpendapatan rendah ATAU selalu inginkan bargain
Golongan ini sering mencari produk dan perkhidmatan pada harga rendah. Dikatakan sebagai “bargain hunters”. - Mereka berpendapatan sederhana dan fikir harga yang berpatutan
Mereka ni ditengah-tengah pagar… quite flexible dan suam-suam. Mungkin berpendapatan serdehana atau tinggi, dan inginkan harga yang berpatutan. - Mereka berpendapatan tinggi ATAU selalu inginkan premium
Mereka inginkan prestij, kualiti & premium. Tidak berapa risaukan harga tetapi selalu inginkan yang terbaik.
Dengan memahami golongan pasaran sebegini, pastinya kita tidak takut dalam meletakkan harga oleh kerana tak kira apa sahaja harga anda letakkan, pastinya ada pembeli. Namun sudah tentu produk dan perkhidmatan anda perlu mencerminkan harga yang diletakkan…
- Siapa kata restoran 5 bintang tidak laku sedangkan gerai-gerai adalah jauh lebih murah?
- Siapa kata ice-cream Haagn Dazs yang harga RM10 satu scoop tak lakukeran boleh dapat icecream Walls kat kedai RM10 satu balang? Haagn Dazs tetap laku kerana ramai yang inginkan ice cream premium
- Siapa kata Mercedes, BMW, Ferrari tak laku sebab ada banyak lagi kereta-kereta murah di pasaran? Sudah tentu ramai juga pembeli kereta-kereta mewah ini…
Dalam perniagaan, kita tidak semestinya mula pada harga rendah. Terutama usahawan-usahawan tempatan suka sangat meletakkan harga murah kerana “segan” harga tinggi atau “takut nanti apa orang kata” atau mungkin sikap rendah diri tidak berapa yakin dengan produk dan perkhidmatan sendiri ianya boleh diletakkan pada harga tinggi.
Bayangkan ini juga, satu gelas Coca Cola dijual di kedai mamakberharga RM2.50. Satu gelas Coca Cola yang sama di restoran 5 bintang berharga RM10. Satu gelas Coca Cola yang di sediakan di Hotel 7 bintang Atlantis di Dubai, diletakkan harga USD25 (RM45).Apakah yang membezakan harga walaupun produk yang sama? Jawapannya sasaran pasaran.
Sekali lagi perlu ingat… Tak kira berapa harga anda… pasti ada orang membeli! Anda hanya perlu sasarkan golongan yang tepat untuk perniagaan anda 
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan atau sedang menjakankan perniagaan,ketahui teknik dan strategi dalam menjayakan perniagaan anda dan mengsasarkan pelagggan perniagaan anda secara lebih berkesan. Sertai program 6 bulan bersama saya dengan bantuan dan bimbingan di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial yang akan bermula pada 1hb Februari ini. Tempat semakin terhad dengan hanya 6 5 tempat kosong tinggal sahaja. Untuk maklumat lanjut klik di sini atau hubungi Cik Aie di 03-77292277 waktu pejabat (Selasa-Jumaat).
Subscribe to:
Posts (Atom)